Minggu, 09 Oktober 2011

cemas menunggu ajal

Aku penuh debar dan sungguh cemas menunggu hari kematian
Karena dia datang tanpa kuketahui
Aku takut di waktu ketibaan kematian
Aku tidak tahu, di dalam taat atau di dalam kedurhakaan
Di dalam aku mengingati-Nya atau di dalam kelalaian
Di waktu taat, husnul khatimahlah
Jika di waktu durhaka, su’ul khatimah
Aduh, cemas aku setiap waktu bila mengingati mati
Karena aku tidak tahu nasibku, husnul khatimah atau su’ul khatimah
Hatiku resah selalu, jiwa aku terganggu tapi orang tidak tahu
Aduh, mati adalah penutup segala-galanya
Apa yang dikerjakan dan yang dirasakan oleh hati itulah yang dibawa Akhirat
Di sana segala-galanya dinilai
Jika salah, di sana tidak dapat dibetulkan lagi


Tuhan!
Hatiku sungguh cemas
Aku harap matikanlah aku di waktu aku mentaati-Mu
Atau di waktu mengingati-Mu
Kalau berlaku sebaliknya, karena kelemahanku
Karena aku ini hamba-Mu, tidak dapat mengelak dari kelemahan ini
Dengan rahmat-Mu Tuhan, ampunkanlah dosa-dosaku di waktu ini
Bila dosaku Engkau ampunkan
Aku seperti tidak membuat dosa
Maka ringanlah bebanku di waktu ke sana
Itulah harapanku pada-Mu Tuhan
Di waktu detik kematianku
Engkau saja yang dapat menyelamatkanku

Sabtu, 08 Oktober 2011

untuk mu ibu


Orang kata aku lahir dari perut ibu..
Bila dahaga, yang susukan aku.. ibu
Bila lapar, yang suapkan aku..ibu
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ibu
Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. Bu!
... Bila bangun tidur, aku cari.. ibu
Bila nangis, orang pertama yang datang ..ibu
Bila nak bermanja... aku dekati ibu
Bila nak bergesel... aku duduk sebelah ibu
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya ibu
Bila nakal, yang memarahi aku... ibu
Bila merajuk... yang memujukku cuma..ibu
Bila melakukan kesalahan... yang paling cepat
marah..ibu
Bila takut... yang tenangkan aku.. ibu
Bila nak peluk... yang aku suka peluk..ibu

Aku selalu teringatkan ..Ibu
Bila sedih, aku mesti talipon... Ibu
Bila seronok... orang pertama aku nak beritahu... Ibu
Bila bengang.. aku suka luah pada ..Ibu
Bila takut, aku selalu panggil.. "ibuuuuuuuuuuuuu! "
Bila sakit, orang paling risau adalah ..Ibu
Bila nak exam, orang palin g sibuk juga Ibu
Bila buat hal, yang marah aku dulu..Ibu
Bila ada masalah, yang paling risau.. Ibu
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. Ibu
Yang selalu masak makanan kegemaranku. . Ibu
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku, Ibu
Yang selalu berleter kat aku.. Ibu
Yang selalu puji aku.. Ibu
Yang selalu nasihat aku.. Ibu
Bila nak kahwin..
Orang pertama aku tunjuk dan rujuk... Ibu

Aku ada pasangan hidup sendiri
Bila seronok... aku cari pasanganku
Bila sedih... aku cari Ibu
Bila berjaya... aku ceritakan pada pasanganku
Bila gagal... aku ceritakan pada Ibu
Bila bahagia, aku peluk erat pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat Ibuku
Bila nak bercuti... aku bawa pasanganku
Bila sibuk... aku hantar anak ke rumah Ibu
Bila sambut valentine... Aku hadiahi bunga pada
pasanganku
Bila sambut hari ibu... aku cuma dapat ucapkan Selamat
Hari Ibu
Selalu... aku ingat pasanganku
Selalu... Ibu ingat kat aku
Bila..bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila.. aku nak talipon Ibu
Selalu... aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... . aku nak belikan hadiah untuk Ibuku

Renungkan:

Dulu Ibu kata: "Kalau kamu sudah habis belajar dan
berkerja... bolehkah kamu kirim wang untuk Ibu? Ibu
bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun
cukuplah".

Berderai air mata. Hari ini kalau Ibu mahu lima ratus
sebulan pun aku mampu. Aku boleh kirimkan. Tapi Ibu
sudah tiada.

ingatlah pengorbanan ibuuuuu... .

Senin, 21 Maret 2011

bisnis cara orang cina

Sekali mereka melangkah, langkah itu akan diteruskan. Tidak ada ruang hendak berundur kebelakang.

“orang cina sangat percaya pada nasib. Dalam perniagaan, selain pengurusan yang cekap dan kerja kuat, nasib juga memainkan peranan dalam perniagaan. Bagi orang cina, jika nasib tidak menyabelahinya, maka secekap mana sekalipun orang itu, perniagaan nya tidak akan berhasil. Jika dalam masyarakat melayu terdapat psikologi yang berkaitan dengan langkah kanan, dalam masyarakat cina aspek itu juga di ambil kira sebelum memulakan sesuatu perniagaan. Beberapa spek perlu di pertimbangkan sebelum melangkah kedunia perniagaan. Antaranya adalah waktu yang sesuai, lokasi yang strategic dan tuah badan.
Jika nasib baik menyebelahi seseorang, apa saja yang di lakukan seseorang itu akan berhasil atau mendatangkan keuntungan, begitu juga sebaliknya, jika seseorang itu bernasib malang, makan semua perkara yang dilakukan tidak kena sahaja.
Orang cina percaya nasib buruk boleh di ubah. Sial dan malang boleh dibuang dan digantikan dengan nasib yang baik. Orang cina mempunyai psikologi yang positif. Mereka sentiasa menaruh harapan untuk Berjaya dan menjadi kaya. Walaupun seribukali gagal,  mereka akan mencoba kerana mereka percaya lambat laun  nasib akan berpihak kepada mereka. Sebab itulah orang cina sanggup mengeluar kan uang yang banyak untuk membuat tilikan dan mendapatkan bantuan pakar feng shui bagi memajukan perniagaan mereka. Mereka akan memastikan kedudukan perbis, perhiasan, peralatan pejabat, warna, gambar, jumlahbilik, lampu dan sebagainya disusunkan dengan baik. Susunan yang buruk boleh menjejaskan feng shui perniagaan dan seringkali dijadikan sebaga punca kegagalan dan kerugian kepada perniagaan.
Selain itu, ia juga boleh mengakibatkan kemalangan, pergaduhan, perpecahan, kecurian dan menjejaskan tumpuan.
Contohnya, jam dinding tidak boleh di letakkan di atas pintu masuk kedai kerana akan menyebab kan kedai itu akan mengalami kerugian. Begitujuga dengan perabot yang menyerupai objek tajam seperti pisau, seboleh-bolehnya dielakkan daripada diletakkan didalam kedai. Meletakkan  benda yang tanjam di ibaratkan akan menikam pemilik permis perniagaan itu. Ini tidak baik untuk perniagaan dan di anggap membawa nasib malang. Prabot yang bulat dikatakan baik kerana ia melambangkan uang, kesejahteraan, dan keharmonian.
Pemikiran dan psikologi orang cina di pengaruhi oleh alam sekitany. Alam dikatakan memainkan peranan penting dalam menentukan kejayaan seseorang dalam perniagaa.
Alam mempunyai hubungan dengan kelahiran, nasib dan perjalanan masa depan seseorang , terdapat tahun dan masa sesuai untuk memulakan perniagaan. Membuka perniagaan pada masa yang tidak sesuai akan menyebabkan seseorang menghadapi pelbagai masalah dan kesukaran. Kepercayaan itu seringkali membuat seseorang menangguhkan hasratnya hendak membuka perniagaan. Ia memberikan kesan psikologi yang kuat kepada orang cina. Kepercayaan ini seperti tahyul dan tidak logic. Tetapi dari segi lain, ia meninggalkan psikologi yang positif bagi orang cina.
    Memulakan perniagaan tidak boleh di lakukan dengan terburu-buru. Banyak aspek dan perkara yang perlu di ambil kira. Persiapan yang rapi diperlukan  bagi menjalankan sesuatu perniagaan. Bagi orang cina, sebaik sahaja orang itu melangkah kea lam perniagaan, merka tidak boleh berpatah balik. Orang cina cukup serius apabila melakukan sesuatu, jika mereka berhibur mereka akan berhibur sepuas-puasnya, mereka berniaga bagi mencari makan, mereka makan dengan bersungguh-sungguh. Itulah perwatakan dan psikologi orang cina. Psikologi itu juga dapat di perhatikan pada peniaga cina yang berpegang pada konsep Sekali mereka melangkah, langkah itu akan di teruskan, tiada rurang hendak berundur ke belakang.
  Bertitik tolak daripada hal ini maka peniaga cina akan memastikan apa yang mereka lakukan tidak membawa natijah yang tidak baik. Bukan sahaja mempunyai modal yang mencukupi, pengalaman dan kemahiran, tetapi juga tuah yang akan sentiasa mengekori serta berada di samping mereka setiap masa. Orang cina mahu sentiasa berfikiran positif dan tidak akan membiarkan sembarang bentok elemen negatif  mengganggu tumpuan serta usaha niaga mereka. Orang cina juga mempunyai psikologi yang optimis iaitu semua masalah mempunyai jalan penyelesaian. Setiap halangan ada cara mengatasinya. Mereka percaya, semua benda yang tidak baik boleh di ubah menjadi baik termasuk nasib, masa depan dan prospek perniagaan, keyakinan dan kepercayaan itu adalah antara aspek penting psiologi yang dimiliki oleh para peniaga cina. Kekuatan psikologi itu di bawa kemana-mana dan asa kejayaan ekonomi orang cina dimana sahaja mereka berada.
Oleh: Ann Wan Seng